PROJEK PEMBANGUNAN NAIKTARAF FASA 3
Pada tahun 2015,
pihak AJK Surau Al Sobah telah merancang untuk menaiktaraf secara menyeluruh
bangunan surau sedia ada yang telah semakin uzur dan tidak dapat menampung lagi
keperluan ahli kariah dan jumlah pelajar yang semakin meningkat khususnya ruang
untuk solat Jumaat, solat terawikh dan solat hari raya. Disamping itu, Surau
juga merancang untuk menambah bilik-bilik kuliah bagi mengadakan kelas
pengajian keagamaan, kelas tahfiz dan tadabur al Quran, serta kelas-kelas kemasyarkaatan seperti
seminar, bengkel dan diskusi untuk meningkatkan kualiti kehidupan kariah dan
masyarakat setempat dan serta kegiatan P & P pelajar-pelajar sekolah. Program
naik taraf yang menyeluruh ke atas seluruh bangunan SAS sedia ada telah
dilaksanakan dengan sokongan yang kuat daripada ahli qariah, masyarakat
setempat, persatuan penduduk dan juga pihak sekolah.
Fasa 1 dan Fasa 2 pembangunan surau telah berjaya dilaksanakan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pihak pembangun. Bagi melengkapkan fasiliti seperti, tambahan ruang solat muslimah, Pantri muslimah, kelas, asrama untuk pelajar tahfiz, ruang parking yang mencukupi, pihak surau terpaksa meneruskan Projek Pembangunan Naiktaraf Fasa 3. Projek ini memerlukan baki dana sebanyak RM1.5 juta lagi untuk memenuhi jumlah keseluruhan koas sebanyak RM3.18 juta. Justeru itu, sumbangan ahli kariah, individu perseorangan, institusi serta syarikat amatlah dialu-alukan.
Pamplet Projek Pembangungan Naiktaraf Fasa 3 (bahagian hadapan) |
Pamplet Projek Pembangungan Naiktaraf Fasa 3 (bahagian belakang) |
Comments
Post a Comment