PEMBANGUNAN





Pada ketika ini Surau Al-Sobah sedang dalam fasa naik taraf dengan fasa 1 sudah pun siap sepenuhnya dan telah digunakan manakala fasa 2 sudah siap, namun dalam tempoh penelitian dan pembaikan selama enam bulan. 


PEMBANGUNAN FASA 1



PEMBANGUNAN FASA 2


Projek naik taraf Surau Al-Sobah masih berjalan dengan fasa 3 akan dimulakan selepas bulan Syawal nantiWalaubagaimana pun kemudahan yang sedia ada telah memberikan pelbagai manfaat kepada jemaah dan komuniti setempat. Namun hasrat untuk menjadikan Surau Al-Sobah satu-satunya surau yang menyerlah dari segi imej dan pengisiannya, justeru kompleks 21/2 tingkat ini diteruskan walaupun dalam keadaan kewangan yang masih tidak mencukupi. Surau yang berwajah baru ini akan mempunyai kemudahan seperti Dewan Solat, Dewan Seminar/ Acara, Bilik Kuliah, Bilik Darjah, Asrama, Pusat Sumber Dan Bilik Tamu. Dengan kelulusan yang diperolehi, Surau Al-Sobah mampu menampung lebih 2000 jemaah, 40 pelajar Hafiz Al-Quran dan 80 pelajar sekolah agama. Surau ini juga menyediakan tempat persidangan dan acara komuniti yang lain.   

       
  Kompleks baru ini akan dilengkapkan dengan lif, pusat gim untuk pelajar dan parkir / tempat letak kereta yang mencukupi untuk para jemaah. Semua lampu dan penghawa dingin pula akan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Kegunaan air separa bersih adalah dari sumber air hujan, yang akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar. Hal ini membuktikan Surau Al-Sobah merupakan surau yang mesra alam dan mengikuti langkah yang memberikan kebaikan kepada alam sekitar. Surau Al-Sobah telah dipilih oleh UKM untuk melaksanakan projek Masjid Lestari pada tahun 2016 dan tahun 2017. Ini amat bertepatan dengan perancangan kitar semula air hujan di Surau Al Sobah.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK PEMBANGUNAN NAIKTARAF FASA 3