SEJARAH PENUBUHAN





Surau yang dibina pada tahun 1989 ini dinamakan Al-Sobah sempena nama seorang penderma Emir Kuwait.  Ia telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Haji Mohd Yusoff Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tarikh 11 Mac 1990. 

Setelah beroperasi sekian lama, dan untuk meningkatkan syiar Islam dan memperluaskan fungsi rumah ibadah, pada tahun 2006 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memberi kebenaran untuk mendirikan solat jumaat di Surau Al-Sobah. 

Hal ini memberikan kemudahan kepada ahli qariah surau dan juga murid-murid dari sekolah-sekolah berdekatan iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Tiga (SRJK3) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) dengan jumlah pelajar lelaki seramai 1500 orang. 

Sebelum kemudahan ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG terpaksa menyewa bas untuk membawa pelajar ke masjid lain setiap minggu untuk solat jumaat. Oleh itu, Surau Al-Sobah menjadi surau pilihan dua buah sekolah ini bagi menunaikan solat jumaat. 

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK PEMBANGUNAN NAIKTARAF FASA 3