PERKHIDMATAN





Kemudahan yang disediakan oleh surau ini, tidak hanya menyumbang kepada komuniti di Bandar Baru Bangi sahaja, malah mendapat perhatian daripada agensi luar untuk mewujudkan kolaborasi seperti mengadakan kuliah-kuliah pengajian agama pada setiap malam dan kuliah Subuh pada hari Sabtu dan Ahad. Antara mereka yang dijemput ialah pensyarah yang hebat dalam bidang masing-masing, dengan lulusan dari Institusi dalam dan luar negara, Antaranya ialah alumni dari UKM, Ustaz. Dr. Udah Mohsin, Ust. Ustaz Dr. Maimon Aqasha, Ustaz. Dr. Hasnan Kasan dan ramai lagi.

Ustaz. Dr. Udah Mohsin
Ust. Ustaz Dr. Maimon Aqasha


Ustaz. Dr. Hasnan Kasan


            Disamping program agama iaitu kuliah Maghrib dan Subuh, pengajian dan tadabbur Al-Quran, kelas Bahasa Arab bersama Ust. Khaiuddin dan beberapa orang lagi pembimbing, Surau Al-Sobah juga melaksanakan program masyarakat seperti Majlis Ukhwah Muslimat, Ceramah Fisioterapi, Program Masjid Lestari, Kem Anak Soleh, Program Motivasi Saya Pelajar Hebat, Program Daurah Pelajar Islam Selangor, Ceramah Pemakanan, Kesihatan dan program berbentuk forum seperti Pengurusan Pusaka, Maulidur Rasul, Penyakit Kanser, dan program riadah seperti Senaman Tua dan Futsal. Aktiviti ini akan dijalankan di dalam Surau Al-Sobah dan luar kawasan surau, mengikut jadualnya dan ianya harus diluluskan oleh JKSAS dan diselaraskan oleh biro yang berkaitan.


            Di samping itu, Surau Al-Sobah juga pernah digunakan untuk majlis akad nikah dan bertahnik untuk bayi yang baru lahir bagi keluarga qariah surau Al-Sobah. Surau Al-Sobah juga berusaha mencari dana bagi menampung pelbagai perbelanjaan bagi membayar kos penyelengaraan, bil utiliti, maka, pelbagai tabung telah dibangunkan seperti tabung Subuh dan tabung Jumaat, tabung bergerak juga diedarkan semasa program, inisiatif lain ialah membuka ruang untuk ceramah khas Haji dan Umrah, serta adakan mesin air iaitu mesin layan diri atau vanding machine.


Dengan kelengkapan yang serba ada setakat ini berserta dengan reka bentuk yang sangat cantik, maka Surau Al-Sobah telah menjadi antara surau pilihan bagi komuniti Bandar Baru Bangi, mahupun dari luar kawasan tersebut. Keselesaan Surau Al-Sobah serta kegiatan yang menarik dan aktif menjadi punca tarikan kepada penduduk setempat serta agensi luar contohnya Pejabat Agama Islam Daerah, Persatuan Kanser Selangor dan Wilayah Persekutuan (KANWORK), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Bank Muamalat dan Syarikat yang melaksanakan program Haji dan Umrah untuk acara yang berkaitan di surau ini. Oleh itu, Surau Al-Sobah amat mengalu-alukan orang ramai untuk hadir berjemaah dan semoga dengan kehadiran mereka ini sedikit sebanyak, mereka menjadi duta dalam menghebahkan berita dan ilmu agama kepada khalayak ramai disamping dapat meningkatkan sumbangan dan infaq kepada tabung surau. 


Penubuhan blog ini selari dengan usaha pihak surau untuk mewar-warkan kepada orang ramai khususnya tentang kegiatan programnya berserta dengan keselasaan surau ini. Hal demikian dapat menarik minat orang ramai untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Surau Al-Sobah. Selain itu, dengan adanya maklumat yang dipaparkan, kami membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan. Seterusnya, usaha ini mampu menambahkan minat sesetengah pihak untuk memberikan fokus kepada surau ini. Pihak Surau Al-Sobah akan mencuba mengemaskini setiap aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas. Publisiti yang patut diterima oleh Surau Al-Sobah adalah relevan ekoran pelbagai fasiliti, kemudahan serta sejarah yang menarik tentang surau ini. 


Natijahnya, surau sebaik Al-Sobah ini boleh dijadikan contoh kepada surau-surau lain agar berusaha menambahbaik, dan melakukan aktiviti yang mengeratkan ukhwah dengan  komuniti setempat. Melalui suasana yang positif, maka elemen positif akan berkembang di setiap ruang dan menimbulkan keadaan yang ceria serta saling menghormati antara satu sama lain. Apabila aktiviti dianjurkan, maka peluang untuk orang ramai mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti tersebut. Oleh itu, manfaat yang diperoleh misalnya kenalan bertambah, mengenali jiran tetangga dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Sejajar dengan ajaran Islam untuk saling sayang menyayangi antara saudara sesama Islam. Dengan ukhwah yang terjalin menerusi aktiviti fizikal mahupun perkongsian ilmu mampu menambahkan lagi kecintaan kita kepada Allah dan mengimarahkan Surau Al-Sobah mahupun surau-surau yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK PEMBANGUNAN NAIKTARAF FASA 3